Tuesday, September 6, 2011

luahan hati

berhenti memaksa diriku. aku tidak suka dengan semua itu. aku bukan anak-anak kecil yang perlu dipaksa dan perlu menurut kata orang lain. meski aku menyayangi kamu, tapi aku juga perlu waktu untuk aku sendirian. aku bingung. aku tersepit dengan keadaan. keadaan 2 cinta yang hadir dalam diri ini. bukan aku pinta semua ni, tapi apakan daya ku. bertahun aku tunggu dirinya. selama 4tahun aku berdoa agar aku ditemukan dengan dirinya. akhirnya doa itu makbul. tapi kehadiran dirinya dalam situasi yang berbeza. walau dia hadir bukan untuk ku, tapi aku harap dia akan jadi milikku satu hari nanti. perlukah aku menunggu lagi?? akan ku cuba untuk menanti cinta yang sejati, cinta yang ikhlas dari hati seorang jejaka. aku masih mencari cinta dan kebahagiaan yang telah hilang dari hidupku. meski aku gembira disamping diri mereka, jauh di lubuk hatiku, aku menangis mengenangkan diri yang tersepit ini. aku tersiksa dengan cinta mereka. cukuplah aku menangis dan terluka dalam beberapa tahun ini. aku tidak sanggup untuk menghadapi semua itu lagi. aku tidak sekuat dahulu. aku juga merasakan aku bukan seperti dahulu. aku masih mencari identiti diri aku yang hilang di bawa kisah lama. kisah yang tidak mahu berulang lagi. cukuplah hinaan yang aku terima selama ini. aku tidak kuat untuk menerima semua itu lagi. aku menjadi lemah ketika cinta hadir lagi dalam hidupku...

No comments:

Post a Comment